Rabu, 18 Ogos 2010

kek lapis India




Bahan-bahan ( Kek berukuran 8 1/2 X 8 1/2" )
 
16 oz mentega
7 biji telur ayam
100 gm gula halus
180 gm tepung gandum
1/2 tin susu manis/pekat
1 sudu teh vanilla
200 gm horlicks
2 botol coklat cadbury kecil
Pewarna kuning 

Cara-cara
Pukul mentega dengan gula hingga berkrim.  Masukkan telur satu persatu dan gaul rata.  Masukkan susu, tepung, vanilla, horlicks dan pewarna kuning, gaul hingga betu-betul rata dan tepung/horlicks tidak berketul-ketul.  Masukkan 7 sudu makan adunan dan bakar hingga kekuningan.  Bila sudah masak susun coklat cadbury secara teratur sehingga memenuhi permukaan kek dan masukkan 7 sudu adunan lagi bagi menutupi coklat tadi. Bakar lagi hingga masak dan kekuningan. Susun lagi coklat cadbury dan masukkan 7 sudu adunan. Buat begitu hingga adunan habis.  Anda boleh susun coklat selapis demi selapis atau selang selapis. Kalau selang selapis lebihkan coklat.

Selasa, 17 Ogos 2010

Kek lapis sarawak

Selamat datang ke Blog kek lapis's..


Blog ni bertujuan untuk mendapatkan tempahan secara online dan dihantarkan secara pos terus ke rumah anda..

Oleh itu anda tidak perlulah menempah tiket untuk terbang dan membelinya di Sarawak. Dengan kemudahan internet dan kemajuan yang ada di Malaysia, anda hanya menggunakan dan membelinya dengan hujung jari sahaja.

Kek Lapis yang ditawarkan murah dan berpatutan dengan cara penghantaran. Selain itu, buatannya adalah asli dari sarawak. 

Sebarang pembelian adalah melalui online ataupun melalui pesanan ringkas dan juga call. Pembayaran akan dimasukkan ke dalam akaun saya yang telah dikhaskan. 

Jika ingin menempah, proses penghantaran ialah selama 3 hari termasuk tempoh pembuatan. Kek Lapis tersebut adalah segar kerana akan hanya dibuat jika terdapat tempahan.

Sebarang keraguan boleh lah bertanya soalan dengan saya..

Sekian terima kasih.