Rabu, 18 Ogos 2010

kek lapis India




Bahan-bahan ( Kek berukuran 8 1/2 X 8 1/2" )
 
16 oz mentega
7 biji telur ayam
100 gm gula halus
180 gm tepung gandum
1/2 tin susu manis/pekat
1 sudu teh vanilla
200 gm horlicks
2 botol coklat cadbury kecil
Pewarna kuning 

Cara-cara
Pukul mentega dengan gula hingga berkrim.  Masukkan telur satu persatu dan gaul rata.  Masukkan susu, tepung, vanilla, horlicks dan pewarna kuning, gaul hingga betu-betul rata dan tepung/horlicks tidak berketul-ketul.  Masukkan 7 sudu makan adunan dan bakar hingga kekuningan.  Bila sudah masak susun coklat cadbury secara teratur sehingga memenuhi permukaan kek dan masukkan 7 sudu adunan lagi bagi menutupi coklat tadi. Bakar lagi hingga masak dan kekuningan. Susun lagi coklat cadbury dan masukkan 7 sudu adunan. Buat begitu hingga adunan habis.  Anda boleh susun coklat selapis demi selapis atau selang selapis. Kalau selang selapis lebihkan coklat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan